Kategori
Tawaran Istimewa
Facial Pakej A
RM45.00 RM10.00
Facial Pakej B
RM65.00 RM50.00
Facial Pakej C1
RM75.00 RM60.00
Facial Pakej C2
RM80.00 RM65.00
Testimoni
Mineral Facial Treatment
Sebelum buat facial kulit muka terasa pedih sebab saya selalu lupa guna SUN BB25 sewaktu berniaga ...»


Zarina Zainal Abidin Seremban 2

Kurap hilang
Saya mengalami kurap di kaki sejak 10 tahun yang lalu. Pelbagai jenis ubat saya cuba tetapi hanya ...»


Izza Anom Segamat

Masalah Kegatalan Kulit

Lebih berkesan dari Steroid!

100% bahan semula jadi, Bebas dari bahan kimia!

 

Sebelum & Selepas | Kegatalan Kulit

Apa yang menyebabkan kegatalan?

Kegatalan atau rasa miang pada kulit akan menyebabkan keinginan untuk menggaru.  Kegatalan atau juga dikenali sebagai pruritus, boleh terjadi tanpa mengira keadaan kulit. Punca utama kegatalan adalah disebabkan oleh kulit kering, reaksi alergi, atopic ekzema, kegatalan terhadap bahan kimia dan kosmetik, kehamilan, gigitan serangga, serangan parasit seperti cacing gelang (pinworms),  kudis, kutu kepala, ruam, penggunaan barang kemas, penggunaan sabun dan detergen, kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan, psoriasis dan juga jenis kulit yang sensitif kepada cahaya. Selain itu, faktor psikologi seperti stress dan kebimbangan boleh memburukkan lagi rasa kegatalan dan miang.

 

Kenapa rasa kegatalan adalah satu isu besar?

Perasaan kegatalan pada mana-mana bahagian tubuh akan membuatkan kita ingin menggaru.  Perbuatan menggaru yang kerap akan menyebabkan kulit menjadi calar.  Perbuatan menggaru yang berulang dan kerap akan menambahkan lagi rasa kegatalan dan hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Seseorang individu yang menggaru sehingga kulitnya menjadi luka akan menyebabkan perkara yang lebih serius iaitu jangkitan bakteria.  Pelbagai masalah kulit yang lain akan timbul akibat daripada jangkitan dan keadaan ini akan menyukarkan individu itu untuk menjalani kehidupan harian seperti biasa.  Terutamanya kanak-kanak dan bayi, mereka sering menangis dan menggaru bahagian badan tertentu akibat kegatalan, ini akan menambahkan lagi kerisauan para ibu bapa.

 

Kenapa menggunakan Dr.Mineral?

Kebanyakan ubatan yang disyorkan oleh doktor mengandungi steroid seperti kortison dan kortikosteroid.  Ubatan steroid lebih cenderung untuk melegakan kegatalan untuk suatu tempoh yang tertentu tetapi tidak menyembuhkan masalah kegatalan sepenuhnya.  Masalah kegatalan akan kembali sekiranya ubat steroid tidak lagi digunakan. 

Pengunaan yang kerap, akan menjejaskan kulit hari demi hari. Ketoksikan steroid boleh menembusi jauh ke dalam kulit serta boleh mencederakan organ dalaman.  Oleh itu, produk Dr.Mineral Anti-Itch Spray telah direka khas untuk mengatasi kekurangan yang ada pada ubat steroid di pasaran.  Sebagai pilihan alternatif kepada steroid, produk Dr.Mineral Anti-Itch Spray mengandungi 100% bahan semula jadi terdiri daripada mineral dan ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Anda boleh menggunakan Dr.Mineral Anti-Itch Spray berulang kali mengikut keperluan tanpa memberi sebarang kesan sampingan jangka panjang. Produk ini selamat untuk digunakan tanpa mengira usia, dan sekiranya tertelan tidak akan membawa apa-apa kesan negatif pada badan.

 

Kesan sampingan ubat sapu jenis steroid:

[Sumber dari www.patient .co.uk]

  • Penipisan lapisan kulit akan kembali semula apabila penggunaan ubat sapu jenis steroid diberhentikan.
  • Penggunaan ubat sapu jenis steroid untuk jangka masa yang lama akan kulit membentuk rekahan yang kekal, lebam, perubahan warna atau menipiskan saluran darah (telangiectasia).
  • Ubat sapu jenis steroid boleh memburukkan lagi masalah kulit yang lain seperti jerawat dan rosacea dermatitis.
  • Sesetengah ubat sapu jenis steroid yang digunakan akan meresap masuk ke dalam liang kulit hingga ke saluran darah. Jumlah penggunaan steroid yang sedikit tidak akan menimbulkan masalah melainkan penggunaan steroid dos tinggi yang kerap ke atas kulit.  Kanak-kanak yang kerap menjalani rawatan ubat sapu jenis steroid yang kuat boleh mengganggu pertumbuhan.  Oleh itu, kanak-kanak yang mendapatkan rawatan steroid terutamanya bagi dos tinggi haruslah dipantau.
  • Kadang-kadang, sesetengah individu sangat sensitif (alah) terhadap bahan krim topikal (seperti bahan pengawet). Ini boleh menyebabkan keradangan   kulit yang lebih teruk

Bagaimana saya menggunakan Dr.Mineral Anti-Itch Spray?

Penggunaan yang betul adalah kunci untuk mendapat hasil yang diingini.

 

Sembur Dr.Mineral Anti-Itch Spray pada kawasan kulit yang gatal dan biarkan selama 20-30 saat sebelum melakukan urutan kecil dengan jari pada kawasan semburan.

 

Semburan hendaklah dilakukan tidak lebih daripada 5-6 semburan dalam sehari, kerana penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kulit anda menjadi terlalu kering.

 

Untuk mendapatkan hasil terbaik bagi mengatasi masalah kulit kering dan ekzema, anda disarankan untuk menggunakan produk ini bersama-sama produk Natural Mineral Hyper Cream.  Produk ini telah dirumus khas untuk mengurangkan masalah kegatalan yang dihidapi.  Masa terbaik penggunaan produk ini adalah selepas mandi supaya kelembapan dapat kekal pada kulit lebih lama.  Penggunaan yang berterusan bersama-sama losyen pelembap boleh membantu proses penyembuhan yang lebih cepat. 

 

Pesakit hendaklah mengelak daripada terkena sabun dan detergen kerana bahan-bahan ini boleh menghilangkan kandungan minyak dalam kulit.  Pesakit juga hendaklah sentiasa berada dalam suasana sekeliling yang lembap (humid) untuk penyembuhan yang lebih cepat, penggunaan pelembap udara digalakkan, jika perlu.

    

Bagaimanakah keberkesanan produk ini?

Produk Dr.Mineral Anti-Itch Spray berupaya untuk menghentikan rasa kegatalan dalam masa 3 minit dan boleh bertahan selama 3-5 jam.  Jika anda mengalami masalah kegatalan yang serius, pengunaan yang kerap adalah disarankan, seperti setiap 20-30 minit.  

 

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan produk Dr. Mineral ini?

Anda boleh mendapatkan produk Dr.Mineral Anti-Itch Spray dengan cara membuat pesanan melalui website ini, melalui email sales@mineralbio.my atau terus menelefon ke pejabat kami 06 - 601 3835, Isnin - Jumaat (10 pagi – 6 petang). 

Penghantaran akan dibuat melalui Pos / Kurier, akan diterima dalam 3 – 4 hari bekerja, bergantung kepada lokasi penghantaran.

 

KESIHATAN KULIT ANDA KEUTAMAAN KAMI

Paparan: Senarai / Grid
Papar:
Ikut Susun:
Dr Mineral Anti-itching Spray
Dr. Mineral Anti-itch Spray berfungsi untuk mengurangkan kegatalan kulit dalam masa 3 minit sahaja!&..
RM59.00
Healing Moisture Soap
Produk Natural Mineral Healing Moisture Soap ini kaya dengan protein dan nutrien yang diperlukan ole..
RM49.00
Mineral Hyper Cream
Mengapa perlu memilih Natural Mineral Hyper Cream? Mengandungi lebih daripada 22 bahan mineral..
RM89.00
Natural Mineral Spray Mild
Natural Mineral Spray Mild dirumus untuk meningkatkan sistem pertahanan kulit dan mengaktifkan bahan..
RM96.00
Natural Mineral Spray Original
Mengapa memilih Natural Mineral Spray Original? Diperbuat daripada 100% bahan mineral (Kalsium..
RM89.00

Miba ( MineralBio ) Sdn Bhd
1-32, Level 1, D'S2 Mall Seremban 2, Jalan Persiaran S2B2 Seremban 2, 70990 Seremban, Negeri Sembilan. Malaysia.
Tel: 06-6013835 Fax:06-6013802 E-Mail:sales@mineralbio.my

Copyright © 2013 Laman Sesawang Rasmi Miba ( MineralBio ) Sdn Bhd All Rights Reserved (Tarikh Kemaskini : 29 Oktober 2013)
Please Share
Please Share